top of page

Telinga merupakan organ penting yang membuat kita dapat mengenali dan mengenalpasti berbagai bunyi serta jenis suara. Kebolehan mendengar seterusnya dimanfaatkan oleh manusia dengan membentuk pertuturan dan bahasa untuk komunikasi.  Selain itu, telinga berperanan dalam keseimbangan dan posisi badan.  Bahagian-bahagian telinga yang berfungsi dalam keseimbangan terdiri daripada tiga bahagian iaitu semisirkular, utrikel dan sakulus.

Telinga terdiri daripada tiga bahagian iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Telinga luar ialah bahagian yang dikenali sebagai cuping dan salur telinga dan gegendang sebagai pemisah telinga luar dan dalam. Telinga luar bersambung dengan telinga tengah yang mengandungi gegendang dan tulang osikel. Terdapat tiga tulang osikel yang bersambung pada rongga telinga tengah, iaitu tukul, andas dan rakap. Tapak rakap adalah bahagian penghubung telinga tengah ke telinga dalam. Telinga dalam terdiri daripada koklea, salur separa bulat, dan saraf auditori.

ANATOMI TELINGA

Struktur Telinga dan Ciri Telinga

TELINGA LUAR

TELINGA TENGAH

TELINGA DALAM

Aurick mahupun cuping telinga terdiri dari tulang rawan elastis dibungkus oleh kulit tipis. Di bawahnya terdapat bahagian yang tidak mengandungi tulang yang dikenali sebagai lobe (lebihan daging). cuping telinga seperti kipas dan tidak rata. Selain itu, juga dimiliki kebanyakkan haiwan darat mamalia tetapi berbeza bentuknya. Concha (bowl) merupakan lekuk yang paling dalam terletak dibahagian tengah terdiri dari Cymba dan Cavum ruang ke salur  telinga luar. Salur telinga luar mempunyai ukuran purata salur telinga  luar lebih kurang 2.5 cm dan lebar 0.7cm. Salur luar berbentuk S menghubung ke gegendang.  Salur telinga luar juga menghasilkan serumin rasa pahit , berwarna coklat cecair lilin yang dinamakan tahi telinga(earwax). Bahagian dalam helix menghubung ke koncha dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Cymba dan Cavum. Antihelix terletak di antara Concha dan helix. Tragus menonjol di permukaan salur telinga luar. Gegendang pula bersifat anjal, halus, lembut . Gegendang bersifat nipis iaitu 0.07 milimeter dan berbentuk kon. 

Telinga dalam sangat kecil kerana rongga yang dikelilingi tulang kepala. Dalam telinga dalam, terdapat koklea berbentuk seperti siput  salur separuh bulat yang merupakan organ yang mengawal sistem keseimbangan anggota tubuh kita. Koklea terbahagi kepada dua bahagian yang utama di sepanjang saluran, iaitu bahagian yang menghubungkan jendela   bujur  iaitu skala vestibule dan bahagian yang menghubungkan jendela bulat  iaitu  skala timpani. Kedua-dua bahagaian ini dipenuhi cecair yang dinamakan perilymph yang menunjukkan kepekatan dua kali lebih pekat dari air. Bahagian tengah ialah pembahagi koklea antara skala vestibul dengan skala timpani. Di bahagian hujung koklea terdapat ruang yang terbuka dinamakan Helikotrema. Di bahagian bawah koklea iaitu skala timpani berakhir pada jendela bulat yang terdapat ruang terbuka. Salur vestibule juga dipenuhi dengan cecair perilymph dan dihubungkan terus  salur timpani. Seterusnya, keratin rentas koklea iaitu, pembuluh koklea dipenuhi dengan cecair yang sangat pekat dinamakan  Endolimfa . Membran reissner membentuk sempadan di anatara skala vertibul dan pembuluh koklea manakala membran basilar memisahkan pembuluh koklea dengan skala timpani. Rak tetulang menghubungkan  bahagian dalam koklea ke bahagian luar. Satu bahagaian membran basilar terlekat pada rak tetulang dan sebahagian lagi pada spiral ligament. Membran  basilar adalah sangat kecil pada basal koklea iaitu bersaiz 0.04 milimeter. Berhampiran helikotrema rak tetulang hampir tidak ada dan membran basilar memenuhi kesemua bahagian memenuhi hampir kesemua bahagian dinding koklea iaitu lebih kurang  0.5 milimeter lebar di penghujung epical. Seterusnya, membran basilar bersifat keras dan halus pada pangkal koklea dan lembut serta lebar dipenghujung koklea. 

Mengandungi osikal pendengaran iaitu  3 tulang  kecil iaitu tukul, andas, dan  rakap. Tukul atau malleus terlekat di bahagian atas permukaan gegendang. Ketiga-tiga ini dihubungkan secara mekanikal  (mechanical linkage) diantara gegendang dan telinga dalam. Rongga dikelilingi tulang kepala. Osikel-osikel dalam rongga tengah dihubungkan dengan ligamen agar  tergantung kepada dinding rongga. Pemegang tukul terlekat pada gegendang dan meliputi lebih daripada separuh kawasan gegendang. Salur eustachia  terletak di telinga tengah dan rongga mulut menghubungkan telinga tengah dengan udara luar. Ruang tengah telinga adalah sepenuhnya tertutup menyebabkan berlakunya perbezaan tekanan udara di dalam dan di luar telinga. Perbezaan boleh dirasa apabila tekanan udara di luar tiba-tiba berubah. Perbezaan yang sedikit boleh menyebabkan kita kurang selesa, perbezaan yang terlalu banyak akan menyebabkan kesakitan, gegendang pecah atau koyak. Apabila kita menelan biasanya menyebabkan  salur eustachia terbuka seketika  dan  membantu tekanan menjadi seimbang kembali. 

bottom of page