top of page

Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia


Pendidikan khas di Malaysia berkembang pesat sejak bermulanya kesedaran tentang keperluan pendidikan untuk murid-murid kurang upaya. Kesedaran ini bermula semenjak tahun 1920-an dan diselaraskan dengan moto “pendidikan untuk semua”. Melalui moto ini, mereka(OKU) dianggap sebagai asset yang boleh menyumbang pada pembangunan negara dan hak mereka dalam pendidikan adalah sesuatu yang mesti. Di Malaysia, pendidikan khas terletak di bawah tanggungjawab lima kementerian iaitu;
a)    Kementerian Kesihatan
b)    Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat
c)    Kementerian Pelajaran Malaysia
d)    Kementerian Pengajian Tinggi
e)    Kementerian Sumber Malaysia
Selain itu, terdapat juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang turut memainkan peranan penting dalam usaha memartabatkan dan memperkembangkan pendidikan khas di Malaysia seperti;
a)    Persatuan bagi Orang buta Malaysia (MAB)
b)    Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)
c)    Persatuan-persatuan orang kurang upaya 
d)    Dan sebagainya
Penubuhan sekolah St. Nicholas merupakan detik permulaan berkembangnya pendidikan khas di Malaysia. Penubuhan sekolah ini seterusnya telah melahirkan sekolah-sekolah pendidikan khas masalah pendengaran, masalah pembelajaran dan pendidikan inklusif. Kini, murid-murid pendidikan khas dikategorikan kepada beberapa golongan iaitu golangan yang;
a)    Bermasalah penglihatan
b)    Bermasalah pendengaran
c)    Bermasalah pembelajaran

​

Sejarah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran 


Pendidikan khas bermasalah pendengaran bermula pada tahun 1954, iaitu sebelum merdeka apabila kelas pendidikan khas dan sekolah murid-murid pekak persekutuan, menengah dan rendah dibuka. Kelas pendidikan khas dibuka di jalan Northam, Pulau Pinang manakala sekolah murid-murid pekak dibuka di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Selepas mencapai kemerdekaan, bermula pada tahun 1963, kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan Pencantuman Masalah Pendengaran dibuka oleh Kementerian Pelajaran di sekolah rendah dan menengah yang dipilih. Selain itu, Latihan Perguruan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran dimulakan. Latihan ini dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras.
    Pada tahun 1978, Kementerian Pelajaran memperkenalkan kaedah Komunikasi Seluruh untuk mengubah sisitem Bahasa Melayu Kod Tangan ataupun Bahasa Isyarat. Selain itu, Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan ditubuhkan. Pada tahun 1979, guru-guru telah terlibat dengan Kursus Dalam Perkhidmatan dalam bidang Komunikasi Seluruh. 
    Di samping itu, Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan khas Vokasional juga telah ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1985 pula, jawatankuasa Kerja Penyelarasan komunikasi Seluruh , Kementerian Pelajaran ditubuhkan. Jawatankuasakuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk memperkembangkan Sistem Kod buku Pendidikan Islam. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Kurikulum baru Sekolah Rendah (KBSR) Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan dan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal ditubuhkan. Akhirnya, pada tahun 1987, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam pula ditubuhkan bagi memberi pendidikan bertaraf vokasional kepada orang kurang upaya pendengaran. 

 

bottom of page