25/4/2017
​
Seperti yang dinanti-nanti, hari ini kini tiba. Kami belajar menggunakan Aurasma. Mungkin perasaan orang biasa sahaja, tapi tidak bagi saya. Saya begitu teruja dan tak sabar untuk mempelajarinya. Apa yang pelajari ini, apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya ingin menguji pelajar saya sebagaimana Dr.Fariza memperkenalkan video ini yang membuat kami tertarik, teruja dan tertanya-tanya bagaimana ianya boleh berlaku (video auto main sebaik sahaja booklet di scan). Saya yakin dan percaya ini dapat mewujudkan pengajaran yang menarik dan berkesan.
​
Kami diajar satu per satu dan akhirnya mencipta sebuah video menggunakan aurusma. Setelah selesai pengajaran, kami diingatkan untuk membuat sebuah pembentangan tugasan menggunakan aurusma.