top of page

.....telinga luar.....

.....telinga tengah.....

Funsgi    & Peranan   struktur  Telinga

Carta Aliran Pergerakan Bunyi

Pina atau auricle membantu mengesan arah bunyi dengan lebih tepat. Salur berbentuk  S untuk melindungi gegendang dari kotoran udara dan serangga halus. Salur luar ditumbuhi rerambut halus sebagai penapis (filter) dari kotoran dan benda halus yang lain. Helix mengelilingi bahagian luar pina, berlipat sedikit bertindak sebagai pelapik kepada sisi kepala. Salur telinga luar juga berfungsi sebagai penerima dan penghantar gelombang bunyi masuk melalui salur dan akan menyebabkan gegendang bergetar. Salur telinga sebagai pemantul dan penguat  gelombang bunyi.  Tekanan  dua hingga empat kali lebih besar pada  gegendang di dalam telinga dari di luar yang membolehkan kita mengesan bunyi yang tidak dapat  dikesan sekiranya gegendang terletak di luar telinga.  Lokasi gegendang di dalam salur juga untuk melindungi dari  keroskn fizikal, dari terdedah kepada cuaca panas dan  kelembapan udara. Gegendang pula bertindak sebagai pemisah telinga luar dan telinga tengah. Gegendang  sangat sensitif terhadap sebarang getaran dan perubahan tekanan yang halus boleh memberi tindakan balas kepada sistem pendengaran. Keluasan purata gegendang manusia ialah 63milimeter persegi di mana kita boleh mengesan tekanan bunyi kurang dari 0.0002 milli onths purata ukuran tekanan barometer.

Di dalam telinga dalam, terdapat helikotrema yang berfungsi untuk membolehkan cecair mengalir di antara dua skala. Di bahagian bawah koklea, terdapat ruang terbuka yang diselaputi membran menghubungkan semula ke telinga tengah. Rangsangan dalam koklea bermula dari jendela bujur melalui pergerakan atau getaran yang dihasilkan dari tapak. Bagi pergerakan atau bunyi yang perlahan getaran akan bergerak ke arah penghujung Apikal koklea  melalui ruang kecil helikotrema, menuju ke basal end melalui skala timpani. Manakala getaran bunyi yang kuat  akan merentas pembahagi telinga tengah serta terus menyalurkan bunyi ke saraf pendengaran. Keadaan ini menyebabkan keseluruhan organ pendengaran telinga akan bergetar. Seterusnya,  membran basilar berfungsi untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangn atau getaran pelbagai frekuensi gelombang bunyi dari jendela bujur. Bagi frekuensi yang tinggi ia akan tertumpu pada bahagian membran basilar yang berhampiran jendela bujur . Bagi bunyi berfrekuensi  rendah ia akan  bergerak ke bahagian  yang lebih lebar dan  lembut di hujung koklea . Membran basilar berfungsi menukarkan pergerakan mekanikal kepada  isyarat-isyarat bunyi yang  disalurkan ke otak. Organ yang memproses adalah kumpulan sel-sel halus yang terletak di membran basilar dalam  pembuluh koklea  yang dipanggil ‘Organ of Corti’ iaitu panjang lebih kurang 34 milimeter. Hujung bagi setiap sel-sel ini melekat pada selaput basilar. Pada hujung sebelah setiap sel terlekat rerambut yang sangat halus dan tersentuh pada membran tektorial . Sepasang tiang berbentuk ‘v’  membentuk arka corti  iaitu struktur yang menyokong organ of corti. Sel-sel rerambut dalam disebelah arka corti berhampiran dengan spiral koklea sel-sel rerambut luar terletak di satu bahagian lagi. Di sepanjang membran basilar dari jendela bujur ke  helikotrema terdapat lebih kurang 3500 sel rerambut dalam dan  20,000 sel rerambut luar. Saraf fiber menghubungkan  organ of corti ini dengan saraf pendengaran dan menghubungkannya  ke otak.  Apabila membran basilar bergetar menerima gelombang bunyi sel-sel rerambut halus rebah atau condong dan sel-sel rerambut akan merangsang saraf pendengaran menghasilkan denyutan  elektrokimia dan  menghantar isyarat-isyarat bunyi ke otak melalui saraf pendengaran. 

Telinga tengah bertanggungjawab dalam meningkatkan jumlah tenaga akustik yang dibawa ke telinga dalam. Pergerakan atau getaran gegendang dipindahkan oleh tukul ke andas yang bersambung dengan rakap. Tapak rakap menutup jendela bujur yang merupakan pintu masuk ke bahagian  telinga dalam. Jika gelombang bunyi sampai ke jendela bujur tanpa melalui ketiga-tiga osikal tenaga yang dibalikkan  hanya bersamaan dengan tenaga yang dibalikkan oleh permukaan yang keras. Telinga tengah juga bertindak sebagai pengganda bunyi. Misalnya, osikal-osikal adalah sebagai mekanisma tuas . Seterusnya, tekanan yang lebih kuat berlaku ditapak stapes dari tenaga yang diterima di tukul. Permukaan yang kecil dijendela  bujur jika dibandingkan pada gegendang menyebabkan tekanan yang lebih tinggi. Permukaan gegendang  ialah 25 kali lebih luas dari permukaan di jendela bujur. Tekanan  dijendela bujur adalah 35 kali lebih tinggi dengan adanya gegendang dan ketiga-tiga osikal. Telinga tengah membantu kita mendengar 1000 kali lebih kuat. Selain itu, telinga tengah juga membantu melindungi telinga dalam dari bunyi yang terlalu kuat. Misalnya, dua otot kecil, satu menghubungkan di gegendang dan satu pada stapes bertugas sebagai tindak balas terhadap bunyi yang kuat. Apabila bunyi terlalu kuat, otot gegendang akan bergerak ke arah gegendang dan otot stapes akan menarik stapes keluar dari jendela bulat. Pergerakan ini akan mengurangkan kekuatan tengah telinga  dari menyalurkan bunyi ke dalam telinga.

.....telinga dalam.....

bottom of page