top of page

7/3/2017

​

Merupakan kelas kedua bagi kursus ini. Di sini, kami dikehendaki membentuk 5 kumpulan yang terdiri daripada 2-3 orang ahli. Kami dikehendaki berkongsi tentang Kelebihan dan Kekurangan Media Visual. Perkongsian ini dibentang di dalam kelas serta berkongsi di alam maya iaitu di weebly share. Ahli saya terdiri daripada Wahida dan Najihah. Apa yang saya pelajari hari ini sebenarnya sedikit sebanyak menyedarkan saya erti bersyukur mempunyai organ tubuh badan yang sihat di samping menimbulkan rasa empati terhadap orang berkeperluan khas. Hal ini kerana, hasil perbincangan kami, mendapati begitu sukar orang yang mempunyai masalah penglihatan dalam teknologi alam maya. Di sini juga, saya sekiranya berkemahiran ingin mencipta sebuah elektronik dan kandungannya boleh digunakan untuk semua orang termasuk mereka yang berkeperluan khas. Ada beberapa perkataan baru yang ingin saya kongsikan iaitu coffee table book, e-book(bagi penglihatan) , procrastination(berlengah-lengah) dan Cyber Security. 

bottom of page