Kanak-kanak Masalah Pendengaran
​
Pendengaran adalah antara deria penting dalam kehidupan setiap anusia. Tanpa deria adalah sukar untuk memahami sesuatu perkara, menyatakan pendapat, menghayati senia, meluahkan perasaan dan sebagainya. Tanpa deria mendengar, manusia tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan sempurna. Masalah pendengaran sering dikaitkan dengan dua rangkaian ketidakupayaan, iaitu apabila tiada pendenagaran bermakna tiada pertuturan dihasilkan. Akibat kegagalan kefungsian itu, menjejaskan komunikasi dan pencapaian mental kanak-kanak yang bermasalah pendengaran. Kanak-kanak bermasalah pendengaran dibahgikan kepada dua golongan iaitu:
a) tidak dapat mendengar tetapi dapat bertutur
b) tidak dapat mendengar tetapi tidak dapat bertutur dengan baik
Dalam hal ini, golongan kedua akan menghadapi masalah yang lebih besar berbanding golongan pertama. Mereka yang bermasalah pendengaran tidak dapat mendengar dan meniru bunyi-bunyi di persekitaran mereka. Masalah ini terkecuali sekiranya kanak-kanak itu bermasalah pendengaran ketika dewasa. Kanak-kanak seperti ini dapat berinteraksi dengan orang lain melalui bahasa tulisan atau masih dapat bebrbahasa seperti kanak-kanak normal. Peniruan kanak-kanak bermasalah pendengaran terhadap penggunaan bahasa oleh mereka yang berada disekelilingnya, membolehkan mereka menggunakan bahasa itu dengan betul; terutama dari segi kosa kata dan ayat mengikut konteks dan situasi.
Tegasnya, kanak-kanak bermasalah pendengaran berkemampuan untuk menguasai bahasa lisan dan bukan lisan dengan baik dengan syarat mereka yang rapat mendedahkannya dengan persekitaran yang betul. Persekitaran yang betul ini membantu kanak-kanak ini bertutur dengan baik mengikut keupayaan berbahasa mereka.
​